Sunday, October 31, 2010

JURNAL REFLEKSI : MINGGU 13

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada rakan-rakan seperjuangan dan pensyarah yang disayangi.Pada minggu ini merupakan minggu yang terakhir kuliah bagi subjek SMP 2252. Kesedihan mula tersa dihati kerana akan meninggalkan rakan-rakan terutamanya daripada kursus lain iaitu Pendidkan Sejarah dan juga Pendidikan Pengajian Malaysia.

Pada minggu yang terakhir ini kami telah diterangkan mengenai satu tajuk yang menarik juga iaitu Tarian singa.Saya amat suka untuk mendengar tentang tarian ini tambahan pula pensyarah telah memberi kami melihat video pergerakan persembahan kumpulan tarian singa yang sangat menarik.
Saya masih ingat pada minggu pertama kluliah kami tidak mengenali rakan-rakan yang dari kursus lain. Saya hanya mengenali rakan-rakan daripada subjek Pendidikan Muzik sahaja. Pada minggu pertama kami semua telah diberi penerangan tentang kandungan subjek SMP 2252 ini oleh pensyarah iaitu En Amran. Pada mulanya saya merasa agak sukar kerana kami perlu menggunakan blog untyuk subjek ini. Namun semua ini tidak mematahkan semangat saya untuk meneruskan kulaih ini. Kami semua telah diberi tunjuk ajar oleh pensyarah tentang bagaimana untuk menghasilkan blog.Sedikit sebanyak semakin banyak pengetahuan yang saya dan rakan-rakan perolehi.
Melalui subjek ini saya telah mendapat banyak pengetahuan yang berguna dan saya nyakin amat bermanfaat untuk kegunaan saya dan rakan-rakan semasa mengajar kelak.Saya juga amat berminat dan kagum dengan pendekatan yang telah diajar oleh pensyarah di dalam kuliah ini.

Walaupun begitu,terdapat juga kelemahan yang saya rasa boleh diperbaiki. Diantaranya ialah terlalu banyak perakara yang ingin dilaksanakan semasa 2 jam kuliah sehinggakan kuliah terpaksa dihabiskan melebihi masa yang ditetapka terutamanya ketika minggu pembentangan di jalankan. Saya pernah juga merasa terkejar-terkejar dan agak marah pada ketika itu kerana hanya 10 minit msa yang tinggal untuk saya peri bersolat dan makan tengah hari emmandang pada pukul 1.30 tengah hari saya ada kuliah lagi.Jika kluliah ini dihabiskan tepat pada masanya iaitu pada pukul 1.00 tengah hari,saya dan rakan-rakan mungkin agak lega dan tidak terkejar-kejar.Saya amat berharap kelemahan ini dapat diperbaiki.

Selain itu,saya merasakan bahawa pengetahuan saya mengenai muzik tradisional di Malaysia semakin bertambah sejak saya mengikuti kursus ini.Jadi saya amat berharap supaya lebih ramai rakan-rakan seperjuangan di luar sana mengikuti kursus ini pada semester hadapan.
Saya berharap pengetahuan yang saya perolehi ini akan berguna dan memberi impak yang besar kepada saya dan masyarakat.
Sekian terima kasih dan selamat tinggal kepada semua. Segala salah dan silap harap dimaafi.saya sayang kamu semua....

12 comments:

SMP2252 ASHARI on October 31, 2010 at 9:10 PM said...

betul 2.. mula2 masuk kelas ini, segan rasanya untk bertegur dengan pelajar bkn muzik. tp,akhirnya kita bagaikan sebuah keluarga. amat sesuai kursus ini dalam pengayaan

SMP2252 SING YING on October 31, 2010 at 9:28 PM said...

Syabas dan tahniah saya ucapkan..Semoga kita maju jaya dalam peperiksaan yang akan datang!! Good Luck!!

Teoh Koh Sing on October 31, 2010 at 9:56 PM said...

sayang kamu juga...ulasan yang baik dan saya sokong...selamat berjuang untuk peperiksaan!!! good luck...

RK_nisa on October 31, 2010 at 10:08 PM said...

bagus.semua sudah sedia nak exam ke??hehehe

CHRISTINE on October 31, 2010 at 10:13 PM said...

lom...masih blur lagi...baru cuti...rilek la dulu...hehe...

RK_nisa on October 31, 2010 at 10:15 PM said...

heheh..relax2 datanglah kedah jalan2 sini.hehehe

SMP2252 FARAH on October 31, 2010 at 10:25 PM said...

selamat maju jaya & selamat menghadapi ujian final semua..

Marlin on October 31, 2010 at 10:38 PM said...

Saya juga berasa sedih kerana hanya kelas muzik tradisional sahaja yang membolehkan saya berinteraksi dengan pelajar-pelajar daripada program lain. Pengalaman belajar bersama dengan pelajar yang mengambil subjek ini sebagai kursus pengayaan diri sangat menarik dan tidak mungkin dapat saya lupakan. All the best for final exam k.. good luck!

Teoh Koh Sing on October 31, 2010 at 11:10 PM said...

ya....sem depan sudah tak ada kelas macam ini...ini akan menjadi kenangan terindah bagi kami....^^

RK_nisa on October 31, 2010 at 11:10 PM said...

betul tu marlin.hanya dalam kelas ni saja kita dapat kawan baru.

aniey_annatasia on October 31, 2010 at 11:52 PM said...

Saya pun setuju sangat. Pasti kita semua akan merindui saat-saat ini....

Unknown on January 19, 2011 at 7:31 PM said...

amboi.. xsebut pon kita ni kawan dia daripada Pendidikan Seni Visual.. huhuhu..

Post a Comment

 

Blog Pelajar Kumpulan A

Blog Pelajar Kumpulan B

Blog Pelajar Kumpulan C

SMP2252 KHAIRUNNISA Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template