Sunday, October 31, 2010

JURNAL REFLEKSI : MINGGU 13

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada rakan-rakan seperjuangan dan pensyarah yang disayangi.Pada minggu ini merupakan minggu yang terakhir kuliah bagi subjek SMP 2252. Kesedihan mula tersa dihati kerana akan meninggalkan rakan-rakan terutamanya daripada kursus lain iaitu Pendidkan Sejarah dan juga Pendidikan Pengajian Malaysia.

Pada minggu yang terakhir ini kami telah diterangkan mengenai satu tajuk yang menarik juga iaitu Tarian singa.Saya amat suka untuk mendengar tentang tarian ini tambahan pula pensyarah telah memberi kami melihat video pergerakan persembahan kumpulan tarian singa yang sangat menarik.
Saya masih ingat pada minggu pertama kluliah kami tidak mengenali rakan-rakan yang dari kursus lain. Saya hanya mengenali rakan-rakan daripada subjek Pendidikan Muzik sahaja. Pada minggu pertama kami semua telah diberi penerangan tentang kandungan subjek SMP 2252 ini oleh pensyarah iaitu En Amran. Pada mulanya saya merasa agak sukar kerana kami perlu menggunakan blog untyuk subjek ini. Namun semua ini tidak mematahkan semangat saya untuk meneruskan kulaih ini. Kami semua telah diberi tunjuk ajar oleh pensyarah tentang bagaimana untuk menghasilkan blog.Sedikit sebanyak semakin banyak pengetahuan yang saya dan rakan-rakan perolehi.
Melalui subjek ini saya telah mendapat banyak pengetahuan yang berguna dan saya nyakin amat bermanfaat untuk kegunaan saya dan rakan-rakan semasa mengajar kelak.Saya juga amat berminat dan kagum dengan pendekatan yang telah diajar oleh pensyarah di dalam kuliah ini.

Walaupun begitu,terdapat juga kelemahan yang saya rasa boleh diperbaiki. Diantaranya ialah terlalu banyak perakara yang ingin dilaksanakan semasa 2 jam kuliah sehinggakan kuliah terpaksa dihabiskan melebihi masa yang ditetapka terutamanya ketika minggu pembentangan di jalankan. Saya pernah juga merasa terkejar-terkejar dan agak marah pada ketika itu kerana hanya 10 minit msa yang tinggal untuk saya peri bersolat dan makan tengah hari emmandang pada pukul 1.30 tengah hari saya ada kuliah lagi.Jika kluliah ini dihabiskan tepat pada masanya iaitu pada pukul 1.00 tengah hari,saya dan rakan-rakan mungkin agak lega dan tidak terkejar-kejar.Saya amat berharap kelemahan ini dapat diperbaiki.

Selain itu,saya merasakan bahawa pengetahuan saya mengenai muzik tradisional di Malaysia semakin bertambah sejak saya mengikuti kursus ini.Jadi saya amat berharap supaya lebih ramai rakan-rakan seperjuangan di luar sana mengikuti kursus ini pada semester hadapan.
Saya berharap pengetahuan yang saya perolehi ini akan berguna dan memberi impak yang besar kepada saya dan masyarakat.
Sekian terima kasih dan selamat tinggal kepada semua. Segala salah dan silap harap dimaafi.saya sayang kamu semua....
Teruskan Membaca...

JURNAL REFLEKSI : MINGGU 12


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Memasuki kuliah pada minggu-minggu terakhir ini sangat mengujakan saya.tambahan pula semakin ramai di antara kami yang semakin rapat berbanding pada minggu yang pertama.
Pada kuliah minggu ini ialah bertajuk Gendang 24 musim.Saya sangat berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai tajuk ini kerana saya tidak pernah mengetahui tentangnya sebelum ini.Mendengarkan sahaja tajuknya sudah menarik perhatian kami semua apatah lagi untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut. Sebelum kuliah diteruskan,kami telah dipertontonkan denagn video yang sangat menarik mengenai gendang 24 musim.
Gendang 24 musim telah diasaskan oleh seorang guru,En Chen Wei Chong di Johor pada 12 Jun 1988.Gendang ini telah diimport atau dibeli dari negeri China.Gendang 24 musim ini adalah berasaskan tentang 1 musim pertanian di negara China.Nama musim ditulis pada gendang dengan menggunakan tulisan kaligrafi cina.
Jika dilihat pada gaya persembahan,pemain dram akan memakai kostum tradisional lelaki cina.Selain ityu juga menggunakan prop lain seperti topeng,bendera berwarna-warni dan kain panjang yang berwarna.
Di dalam Gendang 24 musim terdapat 24 buah gendang shigu iaitu dram tarian singa.namun begitu ada juga yang menggunakan gendang longgu.Kedua-dua gendang inihampir sama dan merupakan gendang besar berbentuk tong.Gendang ini ada 1 muka kulit kerbau atau lembu pada bahagiaan atas yang dipaku pada bahan kayu denag paku besi.
Sebenarnya sangat menarik tajuk ini.Sekian terima kasih.
Teruskan Membaca...

Wednesday, October 13, 2010

MINGGU 11 : Jurnal Refleksi

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Sekali lagi kita bertemu pada minggu kesebelas ini dengan pembentangan yang sangat menarik. Pengenalan juga sangat menarik apabila kami dipertontonkan secara live wayang kulit. Persembahan wayang kulit tersebut sangat mencuit hati saya kerana terdapat unsur humor di dalamnya selain daripada terdapat juga unsur pengajaran.
Wayang kulit sangat popular dalam masyarakat Asia Tenggara pada masa dahulu sebelum kedatangan media elektronik. Sejarah mengatakan bahawa wayang kulit terdapat juga di Bali, Kemboja dan China selain daripada Thailand dan Jawa. Wayang gedek dan Kelantan berasal daripada Siam.
Wayang gedek secara umumnya berasal daripada Kedah dan dipersembahkan di utara iaitu di Kedah dan juga Perak. Wayang gedek terdedah kepada percantuman budaya dari pelbagai segi.
Wayang kulit Kelantan pula dikatakan berasal daripada Kemboja dan dibawa masuk melalui Patani,Selatan Thailand. Dikenali juga sebagai wayang Siam kerana Kelantan pada masa tersebut berada di bawah naungan Patani.
Sekian Terima Kasih...
Teruskan Membaca...

Tuesday, October 5, 2010

MINGGU 10 : Jurnal Refleksi

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada minggu ini kumpulan saya telah membentangkan tajuk Orkestra Cina Moden dan kumpulan satu lagi telah membentangkan tajuk Nobat.
Nobat merupakan permainan muzik diraja. Mengikut pembentangan yang telah dilakukan saya mendapat tahu bahawa nobat hanya terdapat di sesetengah negeri sahaja iaitu Kedah, Terengganu, Perak, Selangor dan Melaka. Menurut pembentang, nobat hanya boleh dimainkan di istana sahaja dan hanya boleh dimainkan apabila mendapat titah daripada sultan. Itulah istimewanya nobat yang hanya dapat disaksikan di istana sahaja. Permainan nobat juga tidak boleh dimainkan orang orang kebanyakan. Hanya daripada keturunan yang bermain nobat sahaja yang boleh mewarisinya. Dan kaum perempuan tidak boleh bermain nobat. Hanya kaum lelaki sahaja yang dibenarkan.
Antara alat muzik yang terdapat di dalam nobat ialah serunai, nafiri, gendang, nahara dan gong. Manakala nafiri hanya dimainkan untuk nobat sahaja.
Orkestra Cina Moden merupakan sebuah ensemble yang popular di Singapura yang merupankan ensemble yang dimainkan oleh masyarakat Cina. Di Malaysia, OCM tidak begitu popular mungkin kerana tidak terlalu disedahkan kepada umum. OCM merupakan sebuah ensemble yang menarik untuk di ketengahkan kerana terdapat pelbagai alat-alat muzik yang diinovasikan semula. Antara alat muzik yang terdapat di dalam OCM ialah muyu, pipa, bangzi, dizi, yunluo dan banyak lagi Pecahan alat muziknya terbahagi kepada kategori bowed strings, plucked strings, woodwinds dan juga percussions dimana hanya terdapat 4 kategori sahaja di dalam ensemble ini.
Sekian Terima Kasih...
Teruskan Membaca...

Tuesday, September 28, 2010

MINGGU 9 : Jurnal Refleksi

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Kuliah pada minggu ini amat menarik kerana kami semua telah dipertontonkan oleh DR Hassan mengenai alat muzik seperti gedombak. Beliau telah memperkenalkan tentang asal-usul dan telah bercerita mengenainya. Kemudian beliau telah memperkenalkan alat muzik serunai, sepasang tetawak, gong,knob iaitu gong yang berbusut dan rebab (alat ini boleh dijumpai di seluruh dunia dengan nama yang berbeza)
Apa yang menarik perhatian saya ialah menurut Dr. Hassan, syarat untuk bermain secara tradisional ialah dengan duduk bersila di atas lantai.

Selepas itu kuliah diteruskan dengan pembentangan daripada kumpulan yang emmbentangkan tajuk makyung. Pembentangan telah dimulakan dengan kami diminta menari asas tarian makyung iaitu tarian mengadap rebab. Lagu makyung biasanya dibuka dengan lagu "Mengadap Rebab".
Terdapat pelbagai jenis makyung tapi pembentangan telah difokuskan terhadap :
1) makyung Kedah
2) makyung Laut-sebuah sketsa komik gabung unsur muzik dan dialog
3) makyung Kelantan-dimainkan di istana

Cerita makyung ini pada asalnya diambil dan dipinjam daripada menora dan bangsawan. Ia adalah gabungan daripada tarian, muzik dan teks. Makyung merupakan mitos percintaan anak-anak Raja dan Dewa dan dikenali juga dengan cerita Saga.
Sekian...
Teruskan Membaca...

Tuesday, September 7, 2010

MINGGU 8 : Jurnal Refleksi


Assalamualaikum dan salam ramadhan kepada semua. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada kumpulan yang membentangkan tajuk yang saya kira amat menarik sekali pada minggu ini iaitu menora.Sebenarnya pengetahuan saya berkenaan menora tidak banyak. Jadi banyak maklumat yang saya perolehi melalui perbentangan dan segala info yang telah diberikan oleh kumpulan ini.Menora merupakan sejenis lagi drama tari yang terkenal di negara ini. Menora mempunyai 12 cerita asal namun terdapat 7 yang telah diubah suai.Ada pendapat yang mengatakan bahawa tujuan menora ialah sebagai perubatan. Terdapat unsur animisme iaitu menyediakan makhluk halus dan diselitkan juga unsur jenaka.
Sejarah mengatakan bahawa menora berasal dari Songkla, Thailand dan amat popular di wilayah selatan Thailand. Menurut hasil temuramah kumpulan ini dengan seorang penggiat menora, menora telah wujud sebelum kedatangan agama Islam. Menora dimainkan mengikut cara Buddha di istana yang mengandungi mantera.
Setelah kedatangan agama Islam, menora tidak boleh dimainkandi istana kerana mempunyai unsur-unsur lucah. Menora kemudiannya telah berkembang kepada rakyat jelata dan banyak dimainkan di kuil sebagai upacara keagamaan.
Sepanjang pembentangan kami telah ditunjukkan pelbagai perkara mengenai menora contohnya dari segi busana, alat muzik, kepercayaan, gerak tari, video dan lain-lain.
Sebelum mengakhiri refleksi ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin kepada rakan-rakan dan juga pensyarah yang Encik Amran.
Sekian wassalam...

Teruskan Membaca...

Tuesday, August 31, 2010

MINGGU 7 : Jurnal Refleksi

Assalamualaikum dan salam ramadhan kepada semua. Pada minggu ini tidak banyak yang ingin diperkatakan kerana kami hanya mengikuti pembentangan daripada kumpulan pada minggu ini.
Pembentangan pertama adalah mengenai keroncong. Saya amat tertarik dengan pembentangan ini kerana mereka telah menunjukkan pelbagai perkara yang menari mengenai keroncong dan ia telah emmberikan banyak maklumat kepada saya mengenai sejarah dan permainan sebenar keroncong.

Selepas itu kumpulan kedua pula telah membentangkan tajuk mengenai kuda kepang. tajuk ini juga mat menarik kerana nanyak diterangkan tentang unsur-unsur khurafat namun pada masa ini telah diambil sebagai nilai seni. Tidak banyak yang dapat saya perkatakan namun kedua-dua kumpulan telah memberi penjelasan dengan baik sekali dan saya mulai memahami tentang beberapa perkara mengenai keroncong dan juga kuda kepang.
Sekian semoga berjumpa lagi...
Teruskan Membaca...
 

Blog Pelajar Kumpulan A

Blog Pelajar Kumpulan B

Blog Pelajar Kumpulan C

SMP2252 KHAIRUNNISA Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template