Wednesday, October 13, 2010

MINGGU 11 : Jurnal Refleksi

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Sekali lagi kita bertemu pada minggu kesebelas ini dengan pembentangan yang sangat menarik. Pengenalan juga sangat menarik apabila kami dipertontonkan secara live wayang kulit. Persembahan wayang kulit tersebut sangat mencuit hati saya kerana terdapat unsur humor di dalamnya selain daripada terdapat juga unsur pengajaran.
Wayang kulit sangat popular dalam masyarakat Asia Tenggara pada masa dahulu sebelum kedatangan media elektronik. Sejarah mengatakan bahawa wayang kulit terdapat juga di Bali, Kemboja dan China selain daripada Thailand dan Jawa. Wayang gedek dan Kelantan berasal daripada Siam.
Wayang gedek secara umumnya berasal daripada Kedah dan dipersembahkan di utara iaitu di Kedah dan juga Perak. Wayang gedek terdedah kepada percantuman budaya dari pelbagai segi.
Wayang kulit Kelantan pula dikatakan berasal daripada Kemboja dan dibawa masuk melalui Patani,Selatan Thailand. Dikenali juga sebagai wayang Siam kerana Kelantan pada masa tersebut berada di bawah naungan Patani.
Sekian Terima Kasih...

5 comments:

Damiana on October 30, 2010 at 2:12 PM said...

Saya suka sangat dengan persembahan live wayang kulit tersebut. Pertama kali saya menonton. Menarik walaupun saya tidak berapa hendak faham

smp2252aisya on October 30, 2010 at 5:45 PM said...

pendek dan boleh dikatakan padat juga isi yang anda tulis..syabas nisa joe

SMP2252 ASHARI on October 31, 2010 at 12:17 AM said...

Antara yang terbaik..syabas (^_*)v

RK_nisa on October 31, 2010 at 2:24 PM said...

Terima kasih ari.Begitu juga dengan awak.Pelbagai info yang saya perolehi.

syafiqa on October 31, 2010 at 9:54 PM said...

tahniah nisa

Post a Comment

 

Blog Pelajar Kumpulan A

Blog Pelajar Kumpulan B

Blog Pelajar Kumpulan C

SMP2252 KHAIRUNNISA Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template