Tuesday, October 5, 2010

MINGGU 10 : Jurnal Refleksi

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada minggu ini kumpulan saya telah membentangkan tajuk Orkestra Cina Moden dan kumpulan satu lagi telah membentangkan tajuk Nobat.
Nobat merupakan permainan muzik diraja. Mengikut pembentangan yang telah dilakukan saya mendapat tahu bahawa nobat hanya terdapat di sesetengah negeri sahaja iaitu Kedah, Terengganu, Perak, Selangor dan Melaka. Menurut pembentang, nobat hanya boleh dimainkan di istana sahaja dan hanya boleh dimainkan apabila mendapat titah daripada sultan. Itulah istimewanya nobat yang hanya dapat disaksikan di istana sahaja. Permainan nobat juga tidak boleh dimainkan orang orang kebanyakan. Hanya daripada keturunan yang bermain nobat sahaja yang boleh mewarisinya. Dan kaum perempuan tidak boleh bermain nobat. Hanya kaum lelaki sahaja yang dibenarkan.
Antara alat muzik yang terdapat di dalam nobat ialah serunai, nafiri, gendang, nahara dan gong. Manakala nafiri hanya dimainkan untuk nobat sahaja.
Orkestra Cina Moden merupakan sebuah ensemble yang popular di Singapura yang merupankan ensemble yang dimainkan oleh masyarakat Cina. Di Malaysia, OCM tidak begitu popular mungkin kerana tidak terlalu disedahkan kepada umum. OCM merupakan sebuah ensemble yang menarik untuk di ketengahkan kerana terdapat pelbagai alat-alat muzik yang diinovasikan semula. Antara alat muzik yang terdapat di dalam OCM ialah muyu, pipa, bangzi, dizi, yunluo dan banyak lagi Pecahan alat muziknya terbahagi kepada kategori bowed strings, plucked strings, woodwinds dan juga percussions dimana hanya terdapat 4 kategori sahaja di dalam ensemble ini.
Sekian Terima Kasih...

1 comments:

Damiana on October 30, 2010 at 2:14 PM said...

bagus..

Post a Comment

 

Blog Pelajar Kumpulan A

Blog Pelajar Kumpulan B

Blog Pelajar Kumpulan C

SMP2252 KHAIRUNNISA Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template