Tuesday, September 28, 2010

MINGGU 9 : Jurnal Refleksi

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Kuliah pada minggu ini amat menarik kerana kami semua telah dipertontonkan oleh DR Hassan mengenai alat muzik seperti gedombak. Beliau telah memperkenalkan tentang asal-usul dan telah bercerita mengenainya. Kemudian beliau telah memperkenalkan alat muzik serunai, sepasang tetawak, gong,knob iaitu gong yang berbusut dan rebab (alat ini boleh dijumpai di seluruh dunia dengan nama yang berbeza)
Apa yang menarik perhatian saya ialah menurut Dr. Hassan, syarat untuk bermain secara tradisional ialah dengan duduk bersila di atas lantai.

Selepas itu kuliah diteruskan dengan pembentangan daripada kumpulan yang emmbentangkan tajuk makyung. Pembentangan telah dimulakan dengan kami diminta menari asas tarian makyung iaitu tarian mengadap rebab. Lagu makyung biasanya dibuka dengan lagu "Mengadap Rebab".
Terdapat pelbagai jenis makyung tapi pembentangan telah difokuskan terhadap :
1) makyung Kedah
2) makyung Laut-sebuah sketsa komik gabung unsur muzik dan dialog
3) makyung Kelantan-dimainkan di istana

Cerita makyung ini pada asalnya diambil dan dipinjam daripada menora dan bangsawan. Ia adalah gabungan daripada tarian, muzik dan teks. Makyung merupakan mitos percintaan anak-anak Raja dan Dewa dan dikenali juga dengan cerita Saga.
Sekian...

0 comments:

Post a Comment

 

Blog Pelajar Kumpulan A

Blog Pelajar Kumpulan B

Blog Pelajar Kumpulan C

SMP2252 KHAIRUNNISA Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template