Tuesday, September 7, 2010

MINGGU 8 : Jurnal Refleksi


Assalamualaikum dan salam ramadhan kepada semua. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada kumpulan yang membentangkan tajuk yang saya kira amat menarik sekali pada minggu ini iaitu menora.Sebenarnya pengetahuan saya berkenaan menora tidak banyak. Jadi banyak maklumat yang saya perolehi melalui perbentangan dan segala info yang telah diberikan oleh kumpulan ini.Menora merupakan sejenis lagi drama tari yang terkenal di negara ini. Menora mempunyai 12 cerita asal namun terdapat 7 yang telah diubah suai.Ada pendapat yang mengatakan bahawa tujuan menora ialah sebagai perubatan. Terdapat unsur animisme iaitu menyediakan makhluk halus dan diselitkan juga unsur jenaka.
Sejarah mengatakan bahawa menora berasal dari Songkla, Thailand dan amat popular di wilayah selatan Thailand. Menurut hasil temuramah kumpulan ini dengan seorang penggiat menora, menora telah wujud sebelum kedatangan agama Islam. Menora dimainkan mengikut cara Buddha di istana yang mengandungi mantera.
Setelah kedatangan agama Islam, menora tidak boleh dimainkandi istana kerana mempunyai unsur-unsur lucah. Menora kemudiannya telah berkembang kepada rakyat jelata dan banyak dimainkan di kuil sebagai upacara keagamaan.
Sepanjang pembentangan kami telah ditunjukkan pelbagai perkara mengenai menora contohnya dari segi busana, alat muzik, kepercayaan, gerak tari, video dan lain-lain.
Sebelum mengakhiri refleksi ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin kepada rakan-rakan dan juga pensyarah yang Encik Amran.
Sekian wassalam...

2 comments:

Marlin on September 23, 2010 at 12:23 AM said...

Ulasan yang menarik. Seperti anda, saya juga tidak mempunyai pengetahuan tentang Menora sebelum ini dan boleh dikatakan saya mendapat tahu kewujudan Menora hasil pembentangan rakan-rakan kita walaupun sebelum ini Menora selalu dikaitkan dengan dramatari lain seperti Mak Yong.

Damiana on October 30, 2010 at 2:09 PM said...

Menora ini sebenarnya berasal dari mana?

Post a Comment

 

Blog Pelajar Kumpulan A

Blog Pelajar Kumpulan B

Blog Pelajar Kumpulan C

SMP2252 KHAIRUNNISA Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template