Tuesday, July 27, 2010

MINGGU 2 : Jurnal Refleksi

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada En. Amran dan rakan-rakan SMP 2252 yang disayangi sekalian. Saya merasa amat bertuah kerana berpeluang mengikuti kursus ini. Pensyarah iaitu En. Amran telah menggunakan pelbagai pendekatan baru bagi menarik minat kami untuk mendalami kursus ini. Pada minggu kedua kami telah diperkenalkan dengan satu tajuk yang agak janggal didengar oleh saya iaitu soundscape. Secara jujrnya saya tidak pernah mendengar perkataan soundscape jadi saya tidak tahu apakah itu soundscape. Menurut pemahaman saya, sound itu adalah bunyi manakala scape pula ialah pemandangan. Namun setelah En. Amran memberi penerangan barulah saya memahami apakah itu soundscape. Menurut En. Amran, soundscape ialah pemandangan bunyi yang merujuk kepada bagaimana karektor bunyi mengambil tempat dalam konteks lingkungan suara.Selain daripada itu En. Amran telah memberikan beberapa contoh bunyi untuk membiasakan pendengaran kami. Sebagai contoh ialah bunyi aircond, nafas dan sebagainya. Pada minggu ini juga kami telah diperkenalkan dengan budaya muzik. Setiap komuniti mempunyai pelbagai budaya muzik yang tersendiri samada ianya asli atau menerima pengaruh daripada negara luar. Hal ini berlaku kerana muzik itu adalah universal. En. Amran juga telah memberi penerangan mengenai sejarah muzik tradisional di Malaysia. Muzik Tradisional Malaysia menerima pengaruh daripada Kerajaan Sri Wijaya, Empayar Majapahit, pengaruh pedagang Hindu/Arab, Indonesia, Thailand dan Barat.

Kami juga didedahkan dengan kategori alat muzik yang terdiri daripada :

kordofon-alat-alat yang mengeluarkan bunyi kerana adanya getaran pada tali yang diregangkan. Contohnya, sape, gambus dan lain-lain.
membranofon-alat muzik yang menghasilkan bunyi melalui kulit.Contohnya kompang, gendang dan sebagainya.
aerofon-alat muzik yang menghasilkan bunyi melalui lubang udara contohnya flute, seruling dan lain-lain.
idiofon-alat muzik yang menghasilkan bunyi melai tindak balas pada rangka badan yang bergema contohnya bonang dan saron.
Selain itu kami juga diperkenalkan dengan struktur atau konsep muzik yang meliputi harmoni, ritma, bentuk, notasi dan ekspresi.

Akhir sekali, pada minggu ini saya telah mendapat banyak ilmu yang sedikit-sebanyak akan membantu saya dalam memantapkan lagi pengetahuan tentang muzik tradisional di Malaysia.



1 comments:

Marlin on August 2, 2010 at 5:56 PM said...

Refleksi yang menarik Khairunnisa. Walaupun ringkas tetapi padat. Tahniah!

Post a Comment

 

Blog Pelajar Kumpulan A

Blog Pelajar Kumpulan B

Blog Pelajar Kumpulan C

SMP2252 KHAIRUNNISA Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template