Assalamualaikum dan salam sejahtera. Syukur saya kerana berpeluang mengikuti kuliah minggu ketiga denagn jayanya. Pada kali ini suasana pembelajaran berlaku dengan selesa kerana kami tidak perlu lagi bersesak-sesak di dalam makmal yang tidak dapat menampung jumlah pelajar yang semakin ramai.
Pada minggu ke-3 ini lebih menjurus kepada ;
1) Kaedah klasifikasi muzik tradisional Malaysia
2) Kategori muzik tradisional Malaysia
3) Ciri-ciri muzik tradisional Malaysia
Pada permulaan kuliah saya agak tidak faham kerana penngguanaan perkataan yang agak asing pada saya iaitu 'adaptational' dan 'idiosyncratic'. Saya yakin ramai dia di antara rakan-rakan saya juga tidak memahami apakah makna di sebalik perkataan tersebut. Namun En. Amran seolah-olah sudah dapat memahami. Beliau telah menerangkan bahawa adaptational itu merupakan penyesuaian yang berorganik. En. Amran bertanya kepada saya dan rakan apakah itu maksud organik. Ramai yang memberikan pandangan masing-masing mengikut pengetahuan yang sedia ada. Sebenarnya menurut En.Amran,organik adalah bermaksud benda hidup.
Manakala idiosyncratic pula bermaksud cara atau gaya yang tersendiri dan sulit.
Kuliah diteruskan lagi dengan klasifikasi alat muzik mengikut budaya muzik meliputi muzik Cina, India dan Eropah yang mempunyai penyusunan alat muzik masing-masing.
Pada kuliah minggu ke-3 ini saya amat tertarik dengan muzik bentuk seni lakon utama atau dramatari. Terdapat pelbagai ciri teater dan muzik wilayah. Sebagai contoh, makyung, wayang kulit, mekmulung, bangsawan, randai dan opera cina. Kami juga belajar tentang muzik vokal dan instrumental solo, muzik ensemble sosial popular dan bentuk-bentuk muzik yang lain.
Pada akhir kuliah saya mendapati saya dan rakan-rakan dapat merumuskan apakah kategori muzik tradisional Malaysia dan ciri-ciri muzik tradisional Malaysia. Saya lihat kuliah pada minggu ini sangat menarik dan telah memberi banyak maklumat kepada saya dan juga rakan-rakan. Kami juga telah dipertontonkan dengan pelbagai jenis muzik video seperti Ghazal, Dondang Sayang, Tarian Asyik dan lain-lain. Setelah melihat video-video yang ditunjukkan, saya semakin berminat mengetahui tentang muzik-muzik tradisional yang ada di negara kita. Saya berpendapat bahawa anak-anak muda sekarang bukanlah tidak berminat terhadap uzik tradisioanal kita cuma tidak banyak pendedahan dilakukan telah menyebabkan muzik ini terpinggir dari kehidupan seharian mereka.
~Dondang sayang daripada peranakan~
Saya mengharapkan generasi muda lebih terbuka dan cuba mempelajari apakah itu muzik tradisional Malaysia kerana ia adalah khazanah warisan negara yang amat bernilai.
Sekian, terima kasih.

0 comments:
Post a Comment