Tuesday, August 10, 2010

MINGGU 4 : Jurnal Refleksi




Assalamualaikum kepada semua rakan-rakan dan pensyarah yang disayangi. Pada kuliah minggu ke4 ini kami telah didedahkan dengan Muzik Wayang Kulit. Sebenarnya dari minggu ke3 lagi saya sudah teruja untuk mempelajari tajuk ini. Saya yakin tajuk ini sangat menarik kerana hanya berpeluang melihat di dalam video-video sahaja dan tidak banyak pengetahuan yang saya tahu tentang Muzik Wayang Kulit ini.
Dalam tajuk ini kami perlu memahami tentang jenis wayang kulit, alat-alat muzik wayang kulit dan perbezaan antara wayang kulit. En. Amran memberitahu bahawa muzik wayang kulit adalah merupakan teater tradisional kuno dan mungkin terdapat pengaruh daripada India, Cina dan Indonesia. Terdapat beberapa kajian yang mengatakan bahawa muzik wayang kulit ini berasal daripada Indonesia tapi ada kajian yang mengatakan berasal daripada India kerana terdapat unsur Epik Ramayana.
Pada slide yang seterusnya fokus telah diberikan kepada 5 perkara :
1) Seni Muzik
2) Hikayat
3) Lakonan
4) Pengetahuan Agama
5) Seni Lukis/ Ukir

En. Amran memberitahu kami bahawa patung wayang kulit lebih kepada unit yang mempunyai karektor. Patung itu melambangkan simbol samada orang kaya, bangsawan ataupun pahlawan.
Terdapat 4 jenis wayang kulit :
1) wayang kulit gedek
2) wayang kulit melayu
3) wayang kulit kelantan
4) wayang kulit Jawa
Saya mendapat informasi bahawa kita perlu tengok tentang cerita, bahasa, muzik dan patungnya ketika melihat sesuatu persembahan wayang kulit.
Ketika En. Amran menerangkan tentang Wayang Kulit Jawa, beliau telah meminta seorang daripada rakan kuliah saya memberitahu sedikit pengetahuannya tentang Ramayana. Sedikit sebanyak saya telah mengetahuinya kerana secara jujurnya saya tidak mengetahui lansung tentang Ramayana.
En. Aran menyatakan beberapa elemen dalam Wayang kulit Jawa terdapat gamelan jawa dan menggunakan bahasa Jawa. Dalam wayang kulit gedek dan wayang kulit kelantan pula terdapat alat muzik seperti serunai, geduk, gedombak, canang dan kesi. Saya mendapat tahu bahawa terdapat perbezaan pada gamelan Jawa dan gamelan Terengganu iaitu gamelan jawa tidak menggunakan alat muzik serunai. Di malaysia terdapat 2 jenis gamelan.

Seterusnya kuliah diteruskan dengan pengetahuan tentang patung wayang kulit pula. Saya merasa teruja kerana babgi saya patung wayang kulit adalah unik. Patung wayang kulit Indonesia terdapat sendi yang bergerak. Kami dapat melihatnya ketika En. Amran memberi kami melihat video wayang kulit Jawa yang mempunyai muzik gamelan. Selain itu wayang gedek mempunyai wajah yang bersisi dari hadapan. Patung yang berwatak baik wajahnya sedikit tunduk ke bawah. Wayang kulit Melayu dtambah alat muzik seperti gendang. Buat pengetahuan semua, selalunya patung-patung wayang kulit akan diletak sebelah megikut watak-watak samada baik atau jahat. Hal ini untuk memberi kemudahan kepada Pak Dalang mengambil patung tersebut ketika membuat persembahan.
Saya sangat tertarik mengenai wayang kulit ini sehingga tiba sahaja di rumah saya mencari kembali video-video yang mencerikan tentang wayang kulit seperti Salam Pantai Timur. saya amat terhibur denagn cerita yang disampaikan dan telah berjaya mengundang rasa lucu ketika menontonnya. Saya berharap kuliah seterusnya lebih menarik lagi dan memberikan maklumat yang berguna kepada saya dan juga rakan-rakan.
Sekian terima kasih..

0 comments:

Post a Comment

 

Blog Pelajar Kumpulan A

Blog Pelajar Kumpulan B

Blog Pelajar Kumpulan C

SMP2252 KHAIRUNNISA Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template