Tuesday, August 17, 2010

MINGGU 5 : Jurnal Refleksi



Assalamualaikum dan salam ramadhan kepada semua. Kuliah pada minggu ini amat menarik sekali iaitu mengenai Gamelan dan Caklempong.
Fokus gamelan pada minggu ini ialah :
  • sejarah dan jenis-jenis gamelan
  • alat-lalat muzik gamelan
  • sistem tonal, melodi,bentuk dan tekstur
Kuliah pada minggu ini adalah sedikit ringan kerana kebanyakan pelajar telah mengambil subjek gamelan ini. Sedikit sebanyak pengetahuan yang sedia ada akan lebih membantu.

Setahu saya gamelan berasal daripada Jawa namun saya baru tahu bahawa perkataan gamelan bermaksud 'tabuh' di dalam bahasa Jawa. Alat muzik gamelan dibuat daripada perunggu dan kayu. En. Amran bertanya kepada kami apakah yang dimaksudkan dengan 'fixed tuning'?. Pelbagai jenis jawapan yang telah diberikan namun sebenarnya bermaksud tidak boleh diubah. Skel yang terdapat pada alat muzik gamelan ialah pentatonik iaitu hanya ada pic do, re, mi, so, la dan do.

Sebenarnya muzik gamelan ini adalah berasaskan ensemble. Sejarah menunjukkan bahawa gamelan telah wujud sejak T.M 1 dan kini telah dikenali diseluruh dunia. Dalam gamelan Melayu kita mesti dapat membezakan diantara gamelan Melayu dan Jawa. Saya mendapat maklumat baru iaitu muzik gamelan ini sebenarnya mengiringi tarian utama iaitu Tarian Asyik. Selain itu ia juga dikenali sebagai gamelan Terengganu dan lebih dikenali sebagai joget gamelan. Kemudia kami telah ditunjukkan dengan gambar-gambar yang menarik. En. Amran telah berkongsi satu info iaitu tentang Istana Maziah yang merupaka tempat gamelan dibawa kesana dan di sanalah berlakunya perubahan yang telah mebentuk repertoire baru

Kemudian kuliah diteruskan pula dengan Caklempong. Kami telah diperkenalkan dengan:
  • sejarah caklempong
  • alat muzik caklempong
  • sistem tonal, melodi, bentuk dan irama
Caklempong jugga dikenali sebagai talempong, tak lempong talempong.Caklempong berasal daripada Minangkabau. Kemudia saya telah diperkenalkan dengan alat-alat muzik caklempong yang terdiri daripada pelbagai jenis iaitu bonang, gereteh, tingkah, sauwa, gendang ibu dan anak, bangsi dan serunai. banyak maklumat yang telah saya perolehi sepanjang kuliah minggu ini berlangsung.

yang menariknya ialah kami semua telah dibawa ke bilik gamelan dan diminta menunjukkan cara-cara bermain gamelan kepada pelajar dari jurusan Pengajian Malaysia dan Sejarah. kami telah memainkan lagu Timang Burunng yang sememangnya sanagt popular. Kemudian pelajar dari jurusan lain pula diberi peluang mencuba bermain gamelan. Saya amat kagum kerana mereka dapat menguasai nya dengan cepat. Saya percaya jika diberi masa untuk latihan sudah semestinya mereka akan dapat bermain dengan baik.

SEKIAN TERIMA KASIH...

0 comments:

Post a Comment

 

Blog Pelajar Kumpulan A

Blog Pelajar Kumpulan B

Blog Pelajar Kumpulan C

SMP2252 KHAIRUNNISA Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template