Tuesday, August 24, 2010

MINGGU 6 : Jurnal Refleksi



Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Kuliah pada minggu ini amat menarik sekali kerana kami diperkenalkan dengan makyung dan juga kompang. Sebelum kuliah dimulakan, kami ditunjukkan dengan video mek mulung, menora dan lain-lain lagi. Video yang ditunjukkan adalah untuk memberi pengenalan kepada kami semua tentang makyung. Saya baru tahu bahawa makyung merupakan satu-satunya drama tari di Malaysia yang diiktiraf oleh UNESCO.
Makyung berbeza dengan yang lain iaitu menggunakan watak manusia sebagai patung yang mengutamakan dialoq dan kostum. Makyung bermaksud semangat padi bagi orang-orang dahulu yang merupakan fokus utama dalam makanan asas. Selepas itu barulah makyung tersebar luas di semenanjung Malaysia.
Kemudia En.Amran bertanya kenapa watak utama makyung semuannya adalah perempuan? Menurut satu cerita, pada zaman dahilu terdapat hulubalang di istana yang akan keluar berburu jadi suasana istana akan menjadi suram. Maka diwujudkan makyung. Jadi watak-watak di dalam makyung itu hanya dibenarkan perempuan sahaja oleh raja kerana tidak mahu permaisuri terpikat.
Persembahan makyung bertujuan untuk sebagai ritual dan persembahan. Di dalam makyung, pak yung ialah raja manakala pakyung muda merupakan raja muda.
Terdapat 20 peranan yang dipegang oleh wanita namun sebelum itu dipegang oleh lelaki. Di dalam drama tari amkyung terdapat beberapa jenis alat muzik iaitu gendang dan rebab.
Selepas itu kami kuliah diteruskan dengan kompang pula. Kompang berasal daripada kebuadayaan Arab di Asia Barat ( Timur Tengah) yang dikenali sebagai dufut, daff, duff, tar aatu bendir. Sebenarnya inilah kali pertama saya mendengar panggilan tersebut. Kompang diklasifikasiakn sebagai membranofon. Bnetuknya adalah sama dengan hadrah. Kami telah ditunjukkan tentang cara oembuatan kompang yang selalunya ,menggunakan kulit kambing betina keran ia mempunyai tekstur yang lembut.Terdapat beberapa jenis permainan kompang :
a) kompang hadrah (Perak)
b)kompang Johor/ Jawa
c) kompang eizhar (Selangor)
d) kompang belalang (Melaka)
kami juga dinasihati supaya tahu tentang saiz-saiz kompang sebagai kemudahan apabila mengajar di sekolah nanti. Antaranya ialah seperti berikut :
-30cm 12 tahun dan kebawah
-32.5cm 13 dan 14
-35cm 15 dan 14
-37.5cm dan 40cm orang dewasa
Pada akhir kuliah saya amat seronok kerana berpeluang bermain kompang secara beramai-ramai. Pengalaman tersebut sangat menarik dan akan saya ingati sampai bila-bila
SEKIAN TERIMA KASIH...


0 comments:

Post a Comment

 

Blog Pelajar Kumpulan A

Blog Pelajar Kumpulan B

Blog Pelajar Kumpulan C

SMP2252 KHAIRUNNISA Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template